BANTUAN KEBAKARAN TAHFIZ RENDAH AS-SOFA

SEREMBAN, 15 Sep – Bangunan asrama Tahfiz Rendah as-Sofa di Dataran Sentral mengalami kebakaran sekitar jam 8.20 malam semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran hanya melibatkan tingkat 2 dan 3 bangunan berkenaan dengan tindakan pantas anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 apabila berjaya memadamkan api pada jam 9.04 malam.

Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menghantar 50 set bantuan bencana pada jam 2 pagi tadi. Bantuan telah diserahkan Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan telah diterima Pengarah, Darul Quran wal Hadith as-Sofa (DAQWAH), Mohd. Khuzairi Yusoff. Turun sama Penghulu Mukim Rasah, Mohd. Faihas Md. Sharif serta pegawai-pegawai SGK MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil dan Amir Sulaiman.

Sumber : MAINS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …