INDUSTRI GETAH TEMPATAN RAIH SOKONGAN NEGARA ASEAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Impak Globalisasi)

Industri getah negara kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti cuaca tidak menentu, ketidakstabilan harga dan persaingan global. Kejatuhan harga mendadak dari RM3.20 kepada RM2.30 sekilogram sejak kebelakangan ini mengakibatkan kegusaran di kalangan penoreh getah tempatan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin pada Ogos yang lalu menyatakan pihak kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil bagi memenuhi permintaan untuk eksport antaranya menambah baik pengeluaran getah secara “estate management”.

Pada 6 September lalu, Datuk Zuraida di majlis Pelancaran Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) ke-10 berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada negara ASEAN untuk menyokong sektor getah tempatan berdasarkan terdapat permintaan global.

Menurut beliau, walaupun persaingan meningkat di peringkat global, Kementerian yakin Malaysia akan mengekalkan kelebihan daya saing melalui penetapan harga dan kemajuan dalam penyelidikan. Malaysia sebelum ini telah berjaya menghasilkan generasi baharu getah asli dan komposit graphene untuk pembuatan belon aeroangkasa.

Sumber rujukan : Utusan dan The Sundaily

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut