NEGERI PULAU PINANG MENJADI NEGERI PERTAMA WILAYAH UTARA MILIKI RANGKAIAN 5G

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 7 : PEMBANGUNAN MAMPAN
(Akses Digital)

GEORGE TOWN, 9 September 2022 : Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangkaian 5G pada 9 September 2022 di Wisma UAB, sekaligus menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama di wilayah utara yang mempunyai rangkaian spektrum 5G. Ianya akan memberi nilai tambah dan nilai komersial bermutu tinggi dalam memacu peningkatan ekonomi digital negeri.

Menurut Ketua Menteri, sebanyak 151 lokasi di bahagian pulau telah dikenal pasti di bawah Pelan Pelaksanaan 5G di Negeri Pulau Pinang Fasa 1 yang mana 58 lokasi adalah struktur telekomunikasi 5G yang baharu dan baki 93 lagi adalah struktur sedia ada yang dinaik taraf ke spektrum 5G. Manakala, sebanyak 235 lokasi bertaraf 5G bakal dibangunkan pada awal tahun 2023 (melalui Pelan Pelaksanaan 5G di Negeri Pulau Pinang Fasa 2) di Seberang Perai dan tambahan sebanyak 77 struktur di bahagian pulau dengan memfokuskan daerah Timur Laut.

Sebuah Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas 5G telah ditubuhkan bagi memastikan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi terutama ketersambungan rangkaian 5G yang lebih pantas. Ini selari dengan Negeri Pulau Pinang yang merupakan antara enam (6) negeri di Malaysia yang dipilih untuk melaksanakan Projek Demonstrasi 5G dengan anggaran kos berjumlah RM23.2 juta melibatkan tujuh (7) syarikat telekomunikasi tempatan.

Y.A.B. Ketua Menteri juga menzahirkan penghargaan kepada Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Digital Nasional Berhad (DNB) yang bekerjasama memastikan pelaksanaan jalur lebar 5G di negeri ini lancar. Begitu juga YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) selaku peneraju dan pengendali telekomunikasi perkhidmatan 5G kerana menyediakan Pelan ‘YES 5G For All’ dengan menawarkan kapasiti kelajuan mencecah 120Mbps.

Pada suku pertama tahun 2022, Pulau Pinang telah merekodkan kadar penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk adalah sebanyak 152.6 peratus, melebihi kadar nasional 124.1 peratus. Ini berdasarkan statistik liputan telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Manakala, bagi kadar penembusan jalur lebar tetap (berwayar) adalah sebanyak 51.2 peratus melebihi kadar penembusan nasional iaitu 41.9 peratus.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut