INFLASI MENINGKAT, SUKAR MAKAN MAKANAN SIHAT?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Memetik laporan Berita Harian pada 1 September 2022, menyatakan bahawa indeks makanan yang meningkat sebanyak 6.9 peratus menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi negara ini. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa kenaikan harga makanan pada masa ini menyebabkan rakyat Malaysia semakin sukar mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.

Melihat kepada strategi pengiklanan semasa di mana pengusaha makanan ringan serta makanan segera di pasaran yang giat mempromosikan tawaran harga ‘mampu beli’ kepada golongan B40 dan M40 di pelbagai platform media menambahkan lagi kerunsingan untuk memastikan rakyat mendapatkan diet seimbang dalam kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, dalam mengejar kemajuan negara, kebanyakan individu  ingin melakukan dan mendapatkan  setiap perkara dengan kadar cepat dan mudah termasuklah pemilihan makanan. Makanan yang disediakan secara cepat ini selalunya adalah makanan segera yang tinggi lemak tepu, kalori serta perasa tambahan malahan harganya yang mampu dibeli oleh pelbagai golongan termasuk kanak-kanak. Tidak hairanlah ramai yang memilih untuk makan di luar atau tapau berbanding masak di rumah kerana proses membeli itu lebih cepat, mudah dan murah dari memasak di rumah.

Agensi atau pihak berkepentingan seharusnya giat memupuk ‘minat’ masyarakat makan makanan sihat berbanding tumpuan kepada ‘kesukaran’ untuk ‘makan’ makanan sihat. Penghargaan atau insentif juga dicadangkan diberikan kepada pengusaha makanan yang menyediakan menu sihat kepada pelanggan. Walaupun inflasi negara meningkat, tetapi tidak semua sayuran dan buahan mengalami kenaikan harga yang mendadak melebihi kemampuan. Jualan Keluarga Malaysia contohnya antara inisiatif Kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan asas yang lebih sihat pada harga lebih murah. Walau bagaimanapun, kesesuaian pilihan makanan bernutrisi seharusnya boleh dilakukan dengan mengambilkira bajet dan usaha sesorang yang ingin sihat dalam hidupnya.

Sumber pautan diinspirasi oleh : Sinar Harian dan Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut