DEFENSE AND SECURITY 2022 DI IMPACT EXHIBITION AND CONVENTION CENTRE, BANGKOK.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Konvensyen Antarabangsa Disertai Malaysia)

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang mengadakan Lawatan Kerja Rasmi sempena Defense and Security 2022 di IMPACT Exhibition and Convention Centre, Bangkok.

Lawatan selama dua hari ini telah dimulakan pada 29 Ogos 2022 (Isnin) di mana beliau antara lain telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan rakan sejawat yang juga Menteri Pertahanan Thailand, General Prayut Chan-o-cha.  Pertemuan bersemuka tersebut amat signifikan dalam mempertingkatkan kerjasama pertahanan menerusi tiga fokus utama perbincangan iaitu beberapa eksesais bersama ATM-RTARF tahun ini termasuk Air THAMAL, Land THAMAL, serta Sea THAMAL dan cadangan Malaysia bagi mewujudkan MoU demi tingkat kerjasama ketenteraan, industri pertahanan serta sains dan teknologi ketenteraan

Satu lagi perkara yang turut menjadi tumpuan ialah pelaksanaan Mesyuarat Peringkat Menteri Empat Negara atau ‘Quadrilateral Ministerial Meeting’ untuk kukuhkan pelaksanaan Malacca Straits Patrol hasil cadangan Malaysia dipersetujui. Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan turut menyaksikan sendiri pemeteraian dan penyerahan kontrak penyertaan lima syarikat yang telah mengesahkan penglibatan di DSA and NATSEC ASIA 2024 yang dijadualkan berlangsung 6 hingga 9 Mei 2024.

Turut mengiringi Menteri Kanan adalah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany serta kepimpinan tertinggi MINDEF dan ATM.

 

Sumber:

Laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …