OP DADU : POLIS BERKAS 17 KAKI JUDI DI AIR ITAM, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

17 individu termasuk lapan orang wanita telah ditahan oleh PDRM Pulau Pinang kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada I22 Ogos 2022.

Semua suspek berusia di antara 34 hingga 77 tahun ditahan dalam serbuan menerusi Op Dadu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut . Pihak polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk bermain judi jenis belangkas selain wang tunai berjumlah RM30,316 daripada kumpulan berkenaan.

Semua yang ditangkap kini direman selama dua hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala perempuan warga asing disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber Rujukan : BERNAMA dan ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …