PROGRAM JAULAH MERDEKA PENGIMARAHAN TAKMIR PULAU PINANG RIDE TO KHAIRA UMMAH 3.0 TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jaulah Merdeka Pengimarahan Takmir Pulau Pinang Ride To Khaira Ummah 3.0 Tahun 2022 pada 20 Ogos 2022. Program ini dirasmikan oleh YAB. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB. Dato Ir Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP.

Objektif penganjuran program ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke 65 Dan Kibarkan Jalur Gemilang dengan tema “#Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Ianya diharapkan dapat menyuntik semangat baharu iaitu dengan ruh semangat patriotisme cintakan negara, seterusnya ditransformasikan pula ke dalam jiwa masyarakat untuk lebih bersemangat mengimarahkan masjid.

Program ini telah berjaya menarik minat lebih 200 peserta bermotosikal dan juga ahli-ahli kariah yang setia menyambut ketibaan peserta Jaulah di setiap destinasi persinggahan di sebelas buah masjid. Kemudian sebagai simbolik kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Pengimarahan Takmir pula ialah dengan penyerahan Jalur Gemilang, Bendera Negeri Pulau Pinang dan sumbangan untuk pengimarahan masjid sebanyak RM1000 kepada pihak masjid.

Sumber : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut