KEJOHANAN FUTSAL PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA HARI SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

WP LABUAN – YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan menyaksikan dan merasmikan Kejohanan Grand Final Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Gelanggang Futsal Tanjung Purun.
Kejohanan itu menyaksikan pertembungan antara Johan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Peringkat Kuala Lumpur/Putrajaya dan juga Johan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Peringkat Labuan. Johan pada pertandingan itu menerima wang tunai RM1,500, Piala Menteri Wilayah Persekutuan dan pingat sementara naib johan menerima RM1,000, piala dan juga pingat.
Turut diadakan demonstrasi permainan skateboard oleh pemenang pada Low Carbon Sport (KL Extreme Jam) yang turut berlangsung pada Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022.
SUMBER: PERBADANAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut