OPS LEJANG DI PLAZA TOL JAMBATAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 

JPJ Pulau Pinang telah mengadakan Ops Lejang pada 13 Ogos 2022 di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Queensbay Mall. Operasi ini turut disertai oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PLUS Berhad.

Dalam operasi ini, sebanyak 12 buah motosikal disita. Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran kenderaan lain dan Pemandu Warga Asing ( PeWa ) antara kesalahan dikesan dalam Ops Lejang yang diadakan hari ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 391 motosikal telah diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 108 motosikal dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan pelesenan kenderaan dan pemandu serta kesalahan teknikal dan pengubahsuai motosikal.
Sumber : Laman Rasmi FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …