CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEM WARDIEBURN

KUALA LUMPUR, Sel Agama Markas Briged Kedua Belas Infantri Malaysia (MK 12 Bgd) telah bekerjasama dengan Sel Agama MK 4 Div menganjurkan Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat 12 Bgd bertempat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn pada 5 Ogos 2022.  Majlis dihadiri pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan bawah naungan 12 Bgd seramai 250 orang.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan ceramah dari Penceramah Jemputan iaitu Ustaz Mohd Rozali Zahari Al-Hafiz. Sebelum azan zohor serta khutbah Jumaat disampaikan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi jamuan. Pelaksanaan program ini selaras dengan Tonggak Ketiga dan Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke -28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.
– Markas Briged Kedua Belas Infantri Malaysia
Sumber : MARKAS 12 BRIGED

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …