SIDANG MEDIA “ISU MAT REMPIT” OLEH KETUA SETIAUSAHA PENGANGKUTAN MALAYSIA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 

Satu Sidang Media berkaitan “Isu Mat Rempit” telah diadakan pada 9 Ogos 2022 di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Sidang Media ini dihadiri oleh YBhg Datuk Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Pengangkutan Malaysia, YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang, dan YBhg Tuan Adenan bin Md Isa, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang.

Sidang media tersebut memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan pada hari ini berjaya menyimpul kata sepakat diantara kementerian pengangkutan, PDRM dan JPJ untuk berkolaborasi bersama membendung kegiatan lumba haram dengan pendekatan mengurangkan risiko dalam penguatkuasaan undang-undang, dimana tangkapan ke atas suspek-suspek pelumba haram akan dibuat selepas kesalahan dilakukan melalui pembuktian-pembuktian seperti rakaman video.
Ketua Setiausaha Pengangkutan Malaysia (MOT) juga menyatakan bahawa Negeri Pulau Pinang akan dijadikan sebagai model negeri pertama yang akan diimplimentasi kaedah operasi yang akan dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …