BEKALAN AIR DI PULAU PINANG TIDAK TERJEJAS DAN SELAMAT DIGUNAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi & Operasi)

Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah mengeluarkan kenyataan media pada 29 Julai 2022 berhubung status semasa bekalan air di negeri ini susulan banjir yang melanda Baling, Kedah pada 28 Julai 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa menjelaskan pihaknya mengesahkan air mentah Sungai Muda merekodkan bacaan pada paras selamat iaitu 224 NTU (unit kekeruhan nefelometrik). Sehubungan itu, Pulau Pinang berkemungkinan besar tidak akan mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang berlaku pada awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, PBAPP akan sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap kekeruhan air mentah dari Sungai Muda bagi memastikan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna selamat digunakan.

Sumber rujukan :

FB PBAPP dan Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …