GOLONGAN B40 DI SEBERANG PERAI UTARA MENJADI KOMUNITI PERINTIS TANAM SAYURAN HIDROPONIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang telah dipilih sebagai daerah perintis bagi program hidroponik yang menyasarkan penanaman sayur-sayuran organik. Antara fokus program ini adalah untuk membantu golongan masyarakat rentan yang berpendapatan rendah meningkatkan taraf ekonomi dan seterusnya mengurangkan kos sara hidup mereka.

Selain itu, program ini juga secara tidak langsung menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya pemakanan sihat di samping dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dalam medium pananaman tersebut.

Villi Global Sdn. Bhd., sebuah syarikat swasta yang berpengalaman luas dan mahir dalam bidang berkenaan telah berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri dengan menyediakan set lengkap penanaman sayuran hidroponik seperti benih, sayur dan baja organik kepada komuniti B40 yang terpilih.

Sumber rujukan : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut