BERHEMAH DI DUNIA ‘MEDSOS’

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Media sosial atau ‘medsos’ memainkan peranan penting dalam era dunia masa kini. Medium medsos kini menjadi antara sumber pertama yang dijadikan rujukan oleh orang awam. Memainkan peranan sebagai medium penyampaian sesuatu maklumat, saluran ini dapat menentukan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Sehubungan itu, jika saluran ini tidak diguna pakai secara berhemah, kesannya amat buruk.

Rakyat Malaysia adalah diseru untuk menjaga keamanan negara kita dengan mengelakkan diri dari menyokong hasutan-hasutan berunsur negatif dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Anda boleh melaporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R (Religion, Race & Royalty) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan WhatsApp di talian 016-2206262 atau e-mel mediasosial@mcmc.gov.my. Jom berhemah dalam dunia medsos!

 

Sumber infografik:

Laman Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …