9,243 RAKYAT PULAU PINANG TERIMA DOS PENGGALAK KEDUA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr. Norlela Ariffin memaklumkan seramai 9,243 penduduk Pulau Pinang telah menerima dos penggalak kedua sehingga semalam. Daripada jumlah itu, seramai 5,892 atau 63.7 peratus adalah penerima berusia 60 tahun dan ke atas.

Individu atau warga emas yang ingin mengambil dos penggalak kedua boleh membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau hadir di klinik kesihatan. Pada ketika ini, terdapat 51 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 dos penggalak kedua di Pulau Pinang iaitu membabitkan 19 klinik kesihatan dan 32 PPV swasta.

Selain itu, klinik swasta dan PPV offsite yang masih beroperasi di bawah PHCorp turut masih menawarkan vaksinasi dos penggalak kedua dan senarai PPV mengikut negeri itu boleh di dapati di laman sesawang PHCorp.

Sumber : Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …