LOJI RAWATAN AIR SUNGAI DUA TERUS BEROPERASI PADA KAPASITI OPTIMUM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

Berikutan beberapa mesej yang tular di media sosial kononnya Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua akan dihenti tugas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi laman rasmi Facebooknya menafikan perkara tersebut.

PBAPP memaklumkan pihaknya sedia maklum terdapat beberapa muat naik dan mesej di Facebook yang tular mendakwa kekeruhan air mentah yang tinggi dari Sungai Muda, Kedah boleh menyebabkan henti tugas lagi di LRA Sungai Dua.

Walaubagaimanapun, LRA Sungai Dua terus beroperasi pada kapasiti optimum dan berdasarkan beberapa data, ia menunjukkan bahawa tiada ancaman penutupan LRA Sungai Dua setakat pukul 5 petang pada 13 Julai 2022.

Menurut kenyataan itu, PBAPP sentiasa memantau kualiti air mentah dari Sungai Muda dari semasa ke semasa, dan akan mengeluarkan notis segera jika atau apabila kekeruhan air mentah dari Sungai Muda melebihi paras “selamat” yang akan menjejaskan operasi LRA Sungai Dua.

Sumber : Astro Awani 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …