SERBUAN DI PULAU PINANG: SELEWENG MINYAK MASAK BERSUBSIDI KAUT UNTUNG LEBIH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Aktiviti minyak masak bersubsidi dibungkus semula dengan campuran minyak sembahyang, sebelum dijual kepada pengguna industri tumpas susulan serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Seri Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang pada 12 Julai 2022.

Kegiatan dipercayai dilakukan sindiket yang menyeleweng barang kawalan sejak beberapa bulan lalu bagi mengaut keuntungan berlebihan. Seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemborong turut ditahan dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan berkata, sebelum serbuan, pihaknya melakukan risikan selama lima hari selepas menerima aduan awam mengenai aktiviti terbabit.

Ketika serbuan dilaksanakan, lelaki itu dilihat sedang memotong plastik berisi minyak masak bersubsidi di atas lori yang diletakkan di belakang kediaman. Minyak itu kemudian dimasukkan ke dalam tong dipercayai bagi dibotolkan untuk penggunaan industri, malah ada minyak masak bersubsidi yang diisi separuh dengan minyak sembahyang yang sememangnya bukan barang kawalan. Minyak kemudian dijual sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram (kg), dimana melibatkan keuntungan berlipat kali ganda.

 

Sumber rujukan:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut