TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA KAKITANGAN POS MALAYSIA BERHAD, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang menerusi Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK)  telah mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di Pejabat Pos Malaysia, Pulau Pinang. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi kempen keselamatan dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal khususnya kakitangan Pos Malaysia dalam menjalankan tugas seharian.

Seramai 64 orang kakitangan Pos Malaysia telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Mior Khairul Rizal bin Khairul Ahmad yang memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu dan penunggang sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah dan selamat di kalangan penunggang motosikal.

Dalam program ini juga diberikan taklimat berkaitan Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti di Jalan Raya yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

 

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …