SPA PERKENALKAN SISTEM TEMU DUGA LAYAN DIRI SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (AKAUNTABILITI, KOMPETENSI DAN KAPASITI JENTERA KERAJAAN)

Seiring perkembangan revolusi teknologi, Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA) akan memperkenalkan Sistem Pendaftaran Temu Duga (IREG) di semua pusat temu duga SPA kecuali di Sabah dan Sarawak. Sistem IREG akan berfungsi sebagai sistem temu duga secara layan diri.

Sementara itu, Pengerusi SPA Tan Sri Zainal Rahim Seman memaklumkan bahawa pandemik COVID-19 yang melanda negara banyak mengubah landskap temu duga SPA. Sejak 2021, SPA telah melaksanakan temu duga secara maya bagi calon-calon perkhidmatan awam dan mendapat respon yang positif dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, konsep temu duga secara maya juga dilihat lebih fleksibel dan menjimatkan kos berbanding kaedah tradisi secara bersemuka.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …