KPDNHEP PULAU PINANG TERIMA 13 ADUAN SOROK BARANG KAWALAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN: Sebanyak 13 aduan sorok barang kawalan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menerusi Ops Anti-Sorok bermula Januari hingga 22 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Shamsul Nizam Khalil, berkata KPDNHEP turut mengadakan pemantauan harga dan bekalan ayam, telur serta minyak masak botol di peringkat ladang, pemborong dan peruncit di sekitar Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan mendapati bekalan barang kawalan mencukupi dan mudah diperoleh serta tiada sebarang kegiatan sorok dikesan.

Shamsul Nizam berkata anggota penguat kuasa KPDNHEP turut menjalankan pemeriksaan harian di setiap peringkat rantaian bekalan di bawah Op Anti-Sorok dan Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM). Ia bagi memastikan bekalan stabil selain membanteras isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan dan keperluan harian di pasaran.

Sumber : BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …