DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik),Ops ATM, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam,Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian pada 26 Jun 2022 di premis sekitar Tanjung Tokong.
Pemeriksaan dilakukan oleh 3 orang pegawai terhadap 7 premis perniagaan. Pemeriksaan mendapati tiada premis yang melakukan kesalahan dan tiada kes dihasilkan.
Sumber : FB KPDNHEP Pulau Pinang