PROGRAM SEDAR JIHAD DADAH 2022 DEMI KELUARGA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, Bagi menyahut semangat Keluarga Malaysia dalam memakmurkan elemen Keluarga Malaysia, Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (Pusaka Hanafi) melaksanakan Program Self Defence Awareness (SEDAR) Jihad Dadah.

Inisiatif itu adalah untuk memantapkan sinergi keselamatan secara pendekatan pro-aktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah komuniti antaranya isu permasalahan dadah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan diri, bahkan gejala terbabit turut menjurus pada jenayah-jenayah lain.

“Kementerian berbesar hati apabila Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama Program SEDAR Jihad Dadah bagi memupuk semangat dalam kalangan Keluarga Malaysia membenci penyalahgunaan dadah.

“Justeru, saya menyeru agar semua pihak terutamanya pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti menyokong usaha Program SEDAR untuk kesejahteraan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program SEDAR Jihad Dadah di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Hadir menjayakan ialah Presiden Pusaka Hanafi, YM Kolonel Kehormat (PA), Dr. Md. Radzi Hanafi; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tuan Mesran Mohd Yusop dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Puan Chan Hong Jin.

Program SEDAR Jihad Dadah merupakan anjuran Pusaka Hanafi bersama rakan strategic

Polis Diraja Malaysia dan AADK.

Hamzah Zainudin

Dato’ Ismail Bin Mohamed Said

Jonathan Yasin

Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz

Sutekno Ahmadbelon

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KeluargaMalaysia

#KitaDemiNegara

#KDN_TogetherWeAreOne

Sumber : FB AADK CHERAS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …