PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN SURAU PA/ PPR DBKL 2022 (MYSURAU @PA/ PPR )

Program Pemantapan Pengurusan Surau selama tiga hari bermula 24 Jun-26 Jun 2022 di Hotel Orient Star, Lumut, Perak. Program melibatkan peserta yang terdiri dari 130 orang pengerusi, imam dan bilal surau di PA/ PPR DBKL bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran surau di bawah pengurusan pihak berkenaan.

Program telah dirasmikan oleh YBhg.Datuk Haji Anwar bin Mohd. Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi manakala majlis penutupan disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar.

Selain daripada disemaikan dengan ilmu-ilmu baharu, peserta turut diberikan latihan fizikal ringan bagi memastikan kesihatan mereka terpelihara.

DBKL sentiasa perihatin terhadap mereka yang berorganisasi melalui saluran yang betul dan berdaftar.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …