ECRL: TEROWONG BERKEMBAR GENTING 16.39KM, DIBINA

 

PAHANG – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Ahmad Yakob hadir ke Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang dengan kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM) disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Bukit Tinggi, Bentong, Khamis lepas.
Menurut Dato’ Ahmad, mesin TBM direka khas untuk kegunaan dalam keadaan batuan keras bagi mengorek Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer yang bakal menghubungkan Bentong, Pahang dengan Gombak, Selangor.
‘Projek ini bakal melibatkan lebih tenaga kerja tempatan dan mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat di sepanjang jajaran ECRL”, katanya.
Tambahnya, itulah objektif utama pembinaan ECRL iaitu memberi manfaat kepada masyarakat sekitar, merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan selain membina kesalinghubungan pengangkutan efisen yang memberi keuntungan kepada negara.
Jajaran ECRL dari Kota Bahru, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak (ITT Gombak), Selangor tersebut dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2027.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …