EXPO KEUSAHAWAN PUGAR SEMANGAT PMKS TERUS BERDAYA MAJU

 

KOTA BHARU – Sempena Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2022 yang bermula pada 10 Jun sehingga 4 Julai di seluruh Malaysia, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Kelantan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kelantan pada 24 hingga 26 Jun di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Minggu PMKS peringkat Negeri Kelantan bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit”. Antaranya, jualan dan pameran yang melibatkan 50 pempamer, perkongsian maklumat oleh agensi, sesi inspirasi usahawan dan sesi padanan perniagaan antara Lotus’s Stores (M) Sdn Bhd dan Uniti Asia dengan sasaran RM500,000 nilai jualan.
Pelaksanaan Ekspo Keusahawanan Kelantan ini dapat memupuk budaya keusahawanan dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan masyarakat dengan menyediakan peluang kepada PMKS untuk memulakan semula perniagaan secara bersemuka.
Di samping dapat meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka serta mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat terkini tentang program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Sekali gus, membangunkan semula perniagaan yang terkesan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Artikel/Berita Terkini

AMARAN SCAM

Berhati hati apabila menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali. Ingat! Jangan panik. Matikan panggilan dengan segera. Sumber: Kementerian Kewangan …
Maklumat Lanjut

KEMASKINI PERISIAN KESELAMATAN

KEMASKINI PERISIAN KESELAMATAN Untuk memastikan peranti anda selamat dan mengurus akses ke maklumat peribadi anda, pastikan anda memasang sistem pengendalian …
Maklumat Lanjut

KELEBIHAN AIR MINERAL: KENAPA MINUM AIR MINERAL PENTING BAGI KESIHATAN

Air mineral sering kali diabaikan dalam kehidupan seharian, namun penting untuk diingat bahawa pengambilan air mineral mencukupi memiliki kesan positif …
Maklumat Lanjut