MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF TAHUN 2022

21 Jun 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, seramai 52 orang pelajar mualaf sesi pengajian Julai 2020 dan sesi Januari 2021 diraikan dalam Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf setelah tamat tempoh pengajian selama setahun setengah di Kompleks Darul Hidayah. Turut diraikan pelajar cemerlang bagi peperiksaan sesi Julai 2021 dan Januari 2022.

Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai mualaf yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf kali ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir menyerikan majlis ialah Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI dan Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Selain meraikan pelajar, pengisian rohani turut disampaikan dalam slot ceramah: Indahnya Hidup Bersyariat yang disampaikan oleh Ustaz Naim bin Saadon, Juara Da’i Muda YADIM. Kehadiran keseluruhan adalah seramai 150 orang.

Semoga penganjuran majlis apresiasi ini dapat menaikkan semangat para mualaf untuk lebih cemerlang di masa akan datang.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut