KUALA LUMPUR, 21 JUN 2022 – YBhg.Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melancarkan buku Tranformasi Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) di Menara 1 DBKL.
Naskah ini merupakan pengalaman pelaksanaan norma baharu bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan oleh pemborong, pembekal dan pekerja di PBKL.
Naskah setebal 142 muka surat ini menceritakan pengalaman dalam menangani isu warga asing di PBKL serta langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan pemutihan yang turut melibatkan lain-lain agensi.
Buku yang dicetak sejumlah 200 buah ini amat sesuai dijadikan rujukan mengenai isu-isu yang melibatkan warga asing dalam penjajaan / perniagaan kecil.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u