CUBAAN PENYELUDUPAN MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN

 

RANTAU PANJANG 21 Jun : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Cawangan Perisikan & Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia, berhubung penyeludupan barang kawalan semalam.
3 serahan kes melibatkan kes penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan minyak petrol yang berlaku disebuah stesen minyak dan didua buah rumah, lokasi bertempat di Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan telah dibuat ke atas 4 orang lelaki warga tempatan bersama 5 buah kenderaan berpendaftaran Malaysia yang telah disyaki tangki diubahsuai bersama anggaran sebanyak 1100 liter minyak petrol dijumpai bersama tong-tong jerikin, pam penyedut serta tangki ubahsuai yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan bersubsidi tersebut dan akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

KEBURUKAN SIKAP SUKA BERTANGGUH DALAM KEHIDUPAN

Dalam meniti arus kemodenan yang serba pantas ini, pengurusan masa yang cekap merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Namun begitu, masih …

KEAJAIBAN RASA BOSAN DALAM ERA DIGITAL

Dalam era digital yang serba pantas dan sarat dengan rangsangan teknologi, perkataan “bosan” sering dianggap sebagai satu keadaan yang negatif …

DETOKS DIGITAL: MEMPERKUKUH INSTITUSI KELUARGA DI ERA GAJET

Dalam arus kemodenan yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat, peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada rutin harian setiap isi rumah …