RESIDENSI PRIMA TOK BALI RANCAKKAN PEMBANGUNAN DI PASIR PUTEH

 

PASIR PUTEH – Projek pembinaan kediaman Residensi Prima Tok Bali berkeluasan 30 ekar di laluan Tok Bali – Pasir Puteh yang dijangka siap November tahun ini bakal merancakkan lagi pembangunan di jajahan tersebut.
Projek Residensi tersebut melibatkan dua Fasa iaitu Fasa 1 dan 2. Status pembinaan bagi Fasa 1 mencapai 70 peratus yang membabitkan 359 unit rumah teres satu tingkat dan 141 unit rumah teres dua tingkat serta kemudahan asas berstatus 70 peratus dalam pembinaan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Pasir Puteh, Maziana Mat Husin berkata rumah teres satu tingkat sudah habis ditempah, manakala rumah teres dua tingkat ada berbaki beberapa unit sahaja lagi, ini kerana harga yang ditawarkan oleh pihak Perbadanan Prima Malaysia sangat berpatutan dan ditambah dengan diskaun sepuluh peratus lagi.
“Lokasi Residensi tersebut amat strategik dengan akses mudah dari jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu. Selain itu, kediaman ini juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti serba moden seperti dewan serba guna, tadika/taska, surau dan taman permainan sekaligus menyediakan kehidupan yang selesa dan mampan,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …