PROJEK STRUKTUR TEBING SUNGAI POHON CELAGI 93 PERATUS SIAP

 

PASIR MAS – Projek pelaksanaan segera akibat bencana runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, kini sudah mencapai kemajuan fizikal 93 peratus.
Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau berpuas hati dengan laporan terkini yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS) Negeri Kelantan pada minggu lalu.
Menurutnya, antara kerja-kerja yang siap meliputi skop penambakan batu di tebing sungai dan penambakan pasir yang membabitkan kerja-kerja penyedutan dan penambakan pasir telah siap serta penghantaran pasir ke kawasan penambakan batu.
Beliau juga sempat meninjau rumah pam membabitkan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) yang mencapai 85 peratus dan ujian untuk peralatan M&E di kilang telah mencapai 65 peratus.
“Struktur tembok banjir juga sudah 10 peratus siap. Manakala unit-unit struktur pra tuang konkrit (pre-cast) untuk longkang sudah pun siap sepenuhnya,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Cabaran Motocross Terbuka Kelantan 2022 di Litar Teluk Kerengga, Paloh Tendong, semalam.

Artikel/Berita Terkini

JANGAN PANIK DENGAN UJIAN MYSIREN

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐒𝐈𝐑𝐄𝐍 MySiren akan diuji secara serentak di seluruh negara pada Ahad, 29 November 2026, pukul 10.10 …

SABAH PERLU HOSPITAL TRAUMA, REHABILITASI KHUSUS

PERASMIAN: Hajiji menyempurnakan gimik penutupan Kursus First Responder Life Support (CPR) and Fitness 2026. KOTA KINABALU: Sabah memerlukan sebuah hospital …

SENI DAN TEKNOLOGI PERLU DIBANGUNKAN SECARA SEIMBANG: HAJIJI

CENDERAMATA: Isnin menerima cenderamata daripada penganjur selepas mewakili Hajiji merasmikan PASTIK 2026 di Dewan Resital UMS. KOTA KINABALU: Kemajuan teknologi …