KLRTC 42: GETTING INTO ACTION- DISASTERS PREVENTION FOR CITIES RESILIENCE

Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) dengan kerjasama United Cities and Local Governments Asia-Pacific (UCLG ASPAC) telah menganjurkan satu webinar bertajuk KLRTC 42: Getting Into Action- Disasters Prevention For Cities Resilience.

Seramai 96 orang peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai program webinar ini dari kalangan pegawai-pegawai DBKL, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan peserta antarabangsa dari Filipina, Indonesia, Jepun, Timor Leste dan Kazakhstan.

YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar KL telah memberikan ucaptama sebagai pembuka webinar ini dan turut disertai ucapan aluan daripada Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi,Setiausaha Agung UCLG ASPAC.

Antara perkara yang dibincangkan adalah melibatkan isu perbandaran berkaitan pengurusan risiko yang telah disampaikan oleh ahli panel dari United Nations Office for Disaster Risk (UNDRR), CITYNET Yokohama, Bandaraya Makati dan Bandaraya Jakarta.

Dengan adanya sesi perkongsian ilmu ini DBKL dapat mempelajari rangka kerja pengurusan risiko bencana serta amalan terbaik daripada bandar lain dan juga strategi counter measures dalam menghadapi bencana di bandar, selaras dengan misi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang berdaya tahan.

Nantikan program KLRTC seterusnya pada bulan Ogos 2022!!

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …