KHIDMAT KHAS MENYELAMAT MANGSA TERPERANGKAP DI DALAM KERETA

15 Jun 2022, Tanjung Kling – Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Melaka telah menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap di dalam kereta di alamat Pantai Kundur, Tanjung Kling, Melaka melalui MERS 999 pada Jam 11:09. Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Tangga Batu dengan jumlah kekuatan anggota seramai enam (6) orang menaiki kenderaan Light Fire Rescue Tender (LFRT) ke lokasi kejadian. Laporan Komander Operasi iaitu PBK II (TBK 1) Abdullah Bin Jaafar melaporkan, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan berbangsa melayu berumur dua (2) tahun berada di dalam kereta dan pintu kereta telah terkunci. Menurut keterangan saksi di tempat kejadian iaitu ibu mangsa, ketika kejadian beliau singgah di sebuah kedai runcit kawasan Tanjung Kling untuk membeli barang keperluan tiba-tiba kereta telah terkunci dan anaknya sedang berada di dalam kereta tersebut. Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan.
Pesanan kepada ibu dan bapa elakkan meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta walaupun berhenti sekejap.
Anda mampu mengubahnya.
INFO : PGO, JBPM Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …