150 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

TANAH MERAH 14 Jun : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menerima serahan kes daripada Batalion Ke 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu, Perak berhubung penyeludupan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Rampasan telah dilakukan di Pengkalan Haram Pokok Besar, Bukit Bunga Tanah Merah, Kelantan keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 150 liter dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 307.50 serta kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut