ORANG RAMAI PATUHI SOCIAL DISTANCING SEMASA PKP

Orang ramai sedang beratur menunggu giliran

Ekoran pengumuman kerajaan, bahawa pada 6 April 2020 Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima, orang awam dilihat  mula berpusu-pusu membanjiri bank-bank bagi tujuan menyemak atau mengeluarkan wang untuk kegunaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata daripada mereka telahpun keluar pada awal pagi bagi urusan tersebut. Orang ramai dilihat beratur panjang melebihi 100 meter dari bank bagi tujuan tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka tetap menjaga keselamatan seperti mematuhi penjarakan sosial 1 meter antara satu sama lain di samping memakai penutup muka semasa melakukan urusan tersebut. Pengawal keselamatan turut memainkan peranan dalam mengawal bilangan kemasukan pelanggan ke dalam premis bank pada satu masa tertentu.

Orang ramai sabar menunggu giliran untuk memasuki bank

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …