550 KILOGRAM TEPUNG GANDUM DAN 170 KILOGRAM MINYAK MASAK DISYAKI CUBA DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

RANTAU PANJANG 12 Jun : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Cawangan Pasir Mas telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8, berhubung penyeludupan barang kawalan ke sempadan negara petang semalam.
Kes dihasilkan ditepi Jalan Banggol Kulim Rantau Panjang, Kelantan rampasan keatas minyak masak sebanyak 170 kilogram dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM425.00 dan 550 kilogram tepung gandum dengan nilai rampasan sebanyak RM 5287.50.
Turut disita bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia jenis Proton Iswara dengan pemandu lelaki berusia 20an yang merupakan warga tempatan juga ditahan bersama serta satu kertas siasatan dibuka dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …