MARITIM MALAYSIA PULAU PINANG BERJAYA RAMPAS 40 SET BUBU NAGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN, 9 Jun 2022 – Sejumlah 40 set bubu naga telah berjaya dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang di tiga lokasi berbeza ketika melaksanakan rondaan rutin dengan menggunakan bot ronda KILAT 26 di Seberang Perai Selatan pada 8 Jun 2022.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed memaklumkan bahawa kesemua bubu tersebut yang dianggarkan bernilai RM4,800 dirampas pada kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat perairan Pulau Burung.

Pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber : SH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …