EMPAT BELIA MALAYSIA DITERIMA MASUK KE AKADEMI PERKHIDMATAN AS

Empat pelajar cemerlang dari Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke akademi perkhidmatan terkemuka Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Mereka ialah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja, Qarin Loqman Safriza dan Muhamad Danish Imran Zainudin yang diterima masuk ke Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland.

Dua lagi pelajar – Edlan Mikyad Ahmad Syamly dan Zarif Mohd Zamrin yang baharu menamatkan program asasi di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), masing-masing akan mendaftar di Akademi Tentera AS (West Point) di New York dan Akademi Tentera Udara AS di Colorado Springs, Colorado.

Kuasa Usaha Kedutaan AS Michael Newbill menyampaikan sijil pelantikan kepada keempat-empat remaja itu dalam satu majlis di kedutaan di sini, pada Selasa.

Sebanyak 69 negara dijemput menyenaraikan calon dengan matlamat 15 pelajar terpilih di setiap akademi perkhidmatan pada tahun ini.

“Kurang daripada 20 peratus pemohonan antarabangsa telah dipilih. Tahniah kepada kadet, dan keluarga mereka atas pencapaian luar biasa ini,” katanya.

Ketika ditemui Bernama selepas majlis itu, Zarif berkata peluang itu membawanya selangkah lebih dekat untuk menggapai cita-citanya menjadi pegawai tentera sejak berusia 15 tahun.

“Jika anda berusaha untuk mencapai perkara yang mustahil, anda akan kagum betapa hampirnya anda dengan matlamat,” katanya.

Sependapat dengan Zarif, Qarin Loqman berkata semangat yang tinggi dan mahir menguruskan masa menjadi antara faktor yang mendorong kepada kejayaannya, terutama tentang cara terbaik untuk berbakti kepada tanah air.

Qarin Loqman berkata bapanya, seorang jurutera marin, merupakan sebagai contoh teladan terbaik buat dirinya untuk mencapai kecemerlangan.

“Dengan daya pemikiran yang positif, semua ketabahan dan kepayahan akan terbayar. Saya benar-benar yakin dan gembira kerana saya berada di landasan yang tepat mencapai apa yang saya inginkan – teknologi marin,” kata Qarin Loqman yang juga meminati muzik dan sukan.

Kesemua empat pelajar ini dijangka menamatkan pengajian dari akademi masing-masing menjelang 2026.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut