PERMINTAAN INAP DESA TERLALU TINGGI SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

Permintaan terhadap penginapan pelancongan jenis inap desa di Pulau Pinang didapati melonjak ketika musim cuti sekolah. Selain makan angin dan menghadiri majlis perkahwinan saudara mara, kedatangan pelancong ke negeri itu juga adalah kerana musim durian termasuk ingin menikmati juadah nasi kandar.

Berikutan itu, keadaan trafik di beberapa jalan sesak hingga tempahan terhadap sektor perhotelan meningkat, termasuk inap desa terutama yang terletak di kawasan perkampungan turut mendapat jumlah tetamu yang memberangsangkan.

Keadaan itu ada yang menyebabkan segelintir pengusaha inap desa terpaksa menolak tempahan berikutan tidak mampu menyediakan penginapan memandangkan bilangan tetamu yang terlalu ramai.

Pengerusi Persatuan Inap Desa Pulau Pinang, Rohaizad Othman berkata, beliau dimaklumkan beberapa inap desa di daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya hampir penuh ditempah ketika cuti sekolah.

Paling banyak ditempah adalah inap desa yang berlatarbelakangkan suasana kampung. Selain bercuti, musim raja buah juga antara faktor ramai yang datang memanfaatkan cuti mereka bersama keluarga di negeri ini.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …