CUBAAN PEMANDU LORI MENYELUDUP LEBIH 1 TAN MINYAK DIESEL KE THAILAND BERJAYA DICEKUP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Taktik seorang penyeludup yang mengubah suai tangki diesel lori untuk menyeludup lebih satu tan bahan api itu gagal apabila dia berjaya dicekup di sebuah stesen minyak di Jalan Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Bharu.

Berdasarkan maklumat risikan, anggota bertugas telah menahan lelaki itu dan pemeriksaan lanjut mendapati, sebanyak 372 liter diesel telah diisi di dalam tangki lori tersebut. Selepas menjalankan pemeriksaan, didapati terdapat sebuah tangki tambahan telah diubah suai pada lori itu yang berisi 650 liter diesel. Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM2,197.30 
Suspek dipercayai mengubah suai tangki lori berkapasiti besar sekali gus dapat mengisi diesel di beberapa buah stesen minyak. Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, siasatan mendapati, kesemua diesel itu dipercayai akan diseludup dan dijual kepada pemborong di negara jiran melalui pengkalan haram di negeri ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …