MAFI PASTIKAN TIADA AKTIVITI EKSPORT AYAM

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan memastikan tiada aktiviti pengeksportan ayam mulai hari ini selaras keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei lalu.

Mafi dalam kenyataan hari ini berkata, bagi memastikan larangan itu dipatuhi kelulusan permit yang meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam tidak lagi dikeluarkan.

“Semua kelulusan permit untuk membawa keluar komoditi tersebut mulai 1 Jun 2022 dibatalkan dan disekat.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa Maqis dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurut Mafi, tindakan bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728) boleh diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan itu dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Mafi berkata, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang persoalan mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukakan melalui e-mel kepada feedback@maqis.gov.my.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …