400 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

BACHOK 31 Mei : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan dan Unit Peronda IPD Bachok, Kelantan disini hari ini.
Maklumat risikan mengesan pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan sedang membuat pengisian minyak petrol secara berulang di sebuah stesen minyak di Jalan Simpang Tiga, Kg. Bukit Kecil, Gunong Bachok, Kelantan.
Pasukan membuat serbuan pada jam 2.00 petang keatas kenderaan tersebut mendapati kuantiti sebanyak anggaran 400 liter minyak petrol dijumpai didalam tong jerikin bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia jenis Proton Gen 2.
Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berumur 30an kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat melakukan penyeludupan ke negara jiran dan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai pemilikan barang kawalan tersebut.
Nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 820.00 manakala kenderaan tersebut juga turut disita dengan nilai rampasan sebanyak RM 10,000.00 serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …