PROGRAM KHAS JUALAN TERUS DARI LADANG (JTDL) & MYRAKYAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Perda, Bukit Mertajam, 1 Jun 2022 – Program Khas Jualan Terus Dari Ladang dan My Rakyat terus memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga yang lebih istimewa. Kali ini, program diadakan berhadapan pejabat MBSP, Bandar Perda pada jam 3.00 petang hingga 7.00 malam.

Orang ramai yang hadir berpuas hati dengan pelbagai tawaran barangan segar. Antaranya ialah ayam, daging lembu tempatan, telur dan pelbagai pilihan makanan termasuklah produk industri Asas Tani (IAT).

Tarikan istimewa di JTDL My Rakyat kali ini adalah jualan buah Durian Balik Pulau yang dicari- cari tatkala tiba musimnya. FAMA Pulau Pinang turut menyediakan kaunter perkhidmatan pelanggan.

Kehadiran Dato Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Dato Azhar Arshad diiringi Pengarah FAMA Pulau Pinang turut memeriahkan program hari ini.

Sumber:

FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …