PULAU PINANG TERIMA RM75.35 JUTA PERUNTUKAN MARRIS UNTUK BAIKI JALAN SEHINGGA 30 APRIL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pembangunan Infrastruktur Negara)

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperoleh sejumlah RM75,353,610 daripada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) bagi tujuan penyelenggaraan jalan sehingga 30 April tahun ini.

Peruntukan MARRIS yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2021 adalah berjumlah RM208,768,683 manakala bagi tahun 2022 pula berjumlah RM75,353,610 setakat 30 April lalu. Mekanisme pengagihan peruntukan MARRIS pula adalah mengikut Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri.

Semua jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengemukakan senarai projek penyenggaraan jalan negeri yang hendak dilaksanakan kepada Jabatan Kewangan Negeri (JKN) bagi tujuan penyaluran peruntukan pada awal tahun. Sekiranya terdapat keperluan tambahan projek, maka permohonan akan dikemukakan kepada JKN untuk tambahan peruntukan.

Mengulas lanjut, Zairil memaklumkan bahawa dalam tempoh sama sebanyak RM82,587,097 telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PBT, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) termasuk baki jumlah peruntukan yang diterima pada tahun lepas.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut