PUTRAJAYA, 31 MEI 2022 – 30 Syawal menutup tirainya pada hari ini dengan kemeriahan dan keceriaan seluruh warga kerja Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya dalam Majlis Semarak Aidilfitri dan Perhimpunan Bulanan Bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Majlis turut ditambah kemeriahannya dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet yang lain. Tetamu-tetamu yang hadir turut didendangkan halwa telinga dengan kelunakan suara artis-artis jemputan antaranya Datuk Hail Amir dan Wany Hasrita.
Semoga ukhuwwah yang terjalin di bulan Syawal ini bertautan dan berpanjangan hingga ke akhirnya.
SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP