PERBARISAN HUT PMBTD KE-41

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 522 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) Ke-41 yang disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan (PMB TD) di Dataran Panglima Tentera Darat, Sungai Besi pada 27 Mei 2022.

Perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) terdiri daripada empat detasmen iaitu detasmen Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), detasmen 3 Div, detasmen 4 Div, detasmen Gabungan Trup PMBTD serta Pancaragam Gabungan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) iaitu 1 RAMD dan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD).

Acara perbarisan pada tahun ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran mantan-mantan Panglima Medan Tentera Darat (PM TD) dan PMB TD iaitu PM TD Ke-16, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PMB TD Ke-18, Jen Tan Sri Zulkiple Hj Kassim, PMB TD Ke-19, Lt Jen Dato’ Azizan Mat Delin dan PMB TD Ke-20, Lt Jen Dato’ Mohd Nazir Hj Mami.

Selain acara perbarisan, turut berlangsung adalah acara penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Tahun 2021 kepada empat pegawai dan enam anggota LLP serta empat Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Dalam ucapan PMB TD, beliau menyeru kepada seluruh warga PMBTD agar sentiasa berada pada tahap kesiagaan tertinggi sebilang masa bagi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Selain itu, beliau menyeru setiap warga PMBTD melipatgandakan usaha serta komitmen berterusan dalam merealisasikan Tiga Prinsip dan Lima Tonggak yang telah digariskan oleh Panglima Tentera Darat dan akronim S.E.L.A.D.A.N.G.

Sejurus selepas perbarisan, acara diteruskan lagi dengan majlis jamuan ringan yang turut diserikan lagi dengan acara memotong pulut kuning dan tayangan montaj aktiviti-aktiviti utama PMBTD sepanjang tahun 2021 sehingga sekarang. Turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat, Khutbah Khas dan Solat Hajat di Masjid Thoriq Ziyad Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Staf Am MK PMBTD, Brig Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng dan Pegawai-pegawai Kanan PMBTD.

Oleh: Bdr Mohammad Saiful Zulkipli

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT https://www.facebook.com/BTDMOnline/

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut