CAP PULAU PINANG: PUNGUT 3,000 PUNTUNG ROKOK DALAM TEMPOH SEJAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerusi tinjauan yang dijalankan di kawasan parkir di sebuah hospital kerajaan telah mengutip sebanyak 1,000 puntung rokok yang telah dibuang perokok dikawasan berkenaan.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, puntung rokok adalah sampah yang paling biasa serta sering tidak disedari, malah ia dibuang merata-rata di jalan raya, taman, pantai dan pasu bunga. Menurutnya, perokok di Malaysia sering terlepas daripada tindakan kerana membuang sampah dan ia membantu bagi menguatkan lagi tabiat mereka.

Sebagai info tambahan, puntung rokok yang sering dibuang juga akan memasuki sistem saliran ke tasik atau laut dan kajian menunjukkan bahawa puntung rokok dalam sembilan liter air sudah cukup bagi membunuh kutu air serta krustasea kecil yang terdapat dalam air tawar dan air masin. Sehubungan itu, salah satu usaha bagi perokokagar  boleh berhenti daripada ketagihan nikotin adalah dengan mendaftar diri di JomQuit (https://jomquit.com/) iaitu program berhenti merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut