MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PDRM KELANTAN TAHUN 2022

 

IPK KELANTAN, 29 Mei 2022 – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Kelantan telah berlangsung di Dewan Dato’ Dr Abdul Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Majlis dihadiri oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bersama isteri, YABhg. Datin Bentara Kanan Datin Hjh Siti Zabidah Binti Ab Hamid, YB. Idham bin Hj Abdul Ghani, Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan, YB. Dato Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YA. Dato’ Roslan bin Haji Abu Bakar, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, YB. Dato’ Hj. Che Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah JHEAIK serta semua Ketua Jabatan / Agensi.
Sambutan rumah terbuka ini diraikan dengan penuh kemeriahan dengan sajian dan pelbagai jenis hidangan oleh setiap IPD, Jabatan, dan Cawangan.
Secara keseluruhannya, majlis ini telah diadakan dengan jayanya. Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan juga pengunjung yang telah sudi datang ke majlis ini, semoga dengan ukhuwah yang terjalin dapat merapatkan lagi keakraban sesama kita sebagaimana slogan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …