PROGRAM ANTI BULI SEKOLAH BERASRAMA PENUH WPKL TAHUN 2022/2023

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur telah hadir merasmikan Program Anti Buli Sekolah Berasrama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2022/2023.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membanteras gejala buli dalam kalangan murid-murid asrama. Selain itu, ianya juga untuk memberi pendedahan metodologi pengurusan buli serta penambahbaikan berterusan sebagai satu amalan di sekolah-sekolah.

Turut hadir dalam program adalah YBrs. Hajah Norhayati binti Haji Ab. Wahab, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YDH SAC Dato’ Haji Azman bin Ayob, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai-pegawai Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengetua-pengetua Sekolah Berasrama, Ketua-ketua Warden Sekolah Berasrama dan Pegawai-pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sekolah Berasrama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …