PROGRAM JELAJAH CPR & AED KARIAH MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG DAERAH TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Program Jelajah CPR & AED Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang bagi Daerah Timur Laut telah dilaksanakan pada 22 Mei 2022 (Ahad) di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1(TKM1) dan Penang Heart Safe Society (PHSS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) & ZOLL.

Seramai 50 orang peserta dari 26 masjid di Daerah Timur Laut dan Pejabat Agama Daerah Timur Laut telah hadir.

Antara pengisian program ini adalah ceramah CPR & AED oleh Dr. Hanafi bin Mohd dari Hospital Pulau Pinang dan sesi praktikal oleh semua peserta. Sesi praktikal dikendalikan oleh jurulatih dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang juga ahli PHSS.

Rata-rata peserta mengakui program ini berjaya membuka mata mereka mengenai pentingnya pihak pengurusan masjid dan orang ramai mempunyai pengetahuan pertolongan cemas khususnya CPR bagi menangani kes-kes kecemasan seperti serangan jantung kerana ia sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan nyawa sejajar dengan prinsip maqasid as-syar’iyyah iaitu menjaga nyawa.

 

Sumber:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …