PROGRAM WOMEN’S HEALTH AND WELLNESS PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2022

 

22 MEI 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah selesai menganjurkan Program Women’s Health and Wellness yang dilaksanakan pada 21 Mei 2022 bertempat di Mydin Hypermarket Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini merupakan program dengan kerjasama Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM), Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia dan Mydin Hypermarket Tunjong mendapat sambutan yang hangat dari golongan wanita yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur tidak kira golongan berkerjaya mahupun suri rumah tangga. Masing-masing cukup teruja menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Turut memeriahkan program tersebut adalah dengan adanya booth-booth pemeriksaan kesihatan dari Program Sains Sukan dan Senaman dan juga Klinik Primer Cherang, Kota Bharu. Antara booth yang paling mendapat sambutan ialah booth pemeriksaan ketumpatan tulang dan kitaran haid. Acara kemuncak pada program tersebut adalah sesi Chair Aerobik bersama KBSi Shila dan KBSi NJ yang merupakan instruktur kecergasan senamrobik Tahap 3 di bawah KBS. Variasi senaman yang dilaksanakan adalah bersenam diatas kerusi mendapat respon yang baik dan sangat meriah.
Adalah menjadi harapan KBS agar program seumpama ni dapat memberikan kesedaran akan kepentingan mengamalkan senaman atau aktiviti sukan di dalam kehidupan bagi mengurangkan peningkatan obesiti di kalangan rakyat Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut